Satu siasatan akan dijalankan berhubung satu video tular menunjukkan kejadian seorang orang kena tahan (OKT) cuba melarikan diri di hadapan Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih, Selangor, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan perlu dilakukan sebelum tindakan tatatertib diambil.

Kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan. Sebelum tindakan tatatertib diambil, kita kena siasat dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini media pernah melaporkan seorang OKT cuba melarikan diri ketika menaiki lori polis di hadapan klinik berkenaan selepas melakukan ujian saringan Covid-19, Selasa lalu.

Bagaimanapun, cubaan berkenaan gagal apabila OKT itu berjaya ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian.

Kejadian itu turut tular menerusi satu video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok melalui akaun id@goodymy_official mengenai kejadian berkenaan dalam video bertajuk ‘Prisoner Escapes Whole Boarding Transport Lorry (location : Semenyih, Selangor)’.

Tamat