Jumlah mangsa korban dalam bencana gempa bumi di Afghanistan kini cecah 26 orang.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tiga kampung dengan kira-kira 800 rumah dilaporkan musnah akibat gempa yang berukuran 5.3 skala richter di wilayah pergunungan barat laut negara itu, pada Isnin.

Sekurang-kurangnya empat cedera dan kejadian itu dan mangsa korban turut melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Kebanyakan penduduk di kampung itu masih mencari ahli keluarga mereka pada Selasa dan mengeluarkan barang-barang di bawah runtuhan.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 19.3 kilometer (km), sekitar 40.2 km ke timur Qala-e-Naw pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan).

Kawasan paling teruk terjejas di daerah Qadis, timur ibu kota wilayah Badghis.

Taliban, yang menguasai negara itu sejak pertengahan Ogos, menyeru organisasi bantuan antarabangsa untuk memberikan bantuan segera, termasuk khemah dan keperluan asas lain, bagi kegunaan mangsa.