Pastinya berita mengejutkan berkenaan insiden yang meragut nyawa seorang aktivis terkenal Abang Ali mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Arwah dimaklumkan oleh Yusuf Azmi (Semboyan) bahawa meninggal pagi tadi dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan motorsikal berkuasa tinggi di waktu pagi tadi di Johor.

“Hari ini saya dikhabarkan bahawa abang saya, yang saya anggap orang yang selalu berdamping saya, dan berada di sisi saya, yang saya sama-sama, kerja umrah bersama, Allah dah jemput Abang Ali.”

“Abang Ali, insan yang terkenal dengan sikap ramah, penuh tanggungjawab, amat mesra, seorang yang penyayang dan amat baik hati, kembali kepada pencipta Nya.”

“Minta doa dari orang ramai semua, semoga Allahyarham Abang Ali ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial rasmi beliau tadi.

Beliau pada masa sama turut memohon semua rakyat Malaysia yang sentiasa bermurah hati supaya dapat mendoakan kebaikan buat arwah Abang Ali.

“Saya Yusuf Azmi minta doa dari saudara-saudari semua yang bermurah hati untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Ali bin Salimin.”

“Ya Tuhanku, ampunilah dosanya, berilah rahmat Mu ke padanya, sejahterakanlah serta maafkanlah dia, Alfatihah.”

“Semoga arwah Abang Ali akan sentiasa tenang dan bersemadi serta ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah, amin.”

Yusuf Azmi kini dalam perjalanan ke hospital Muar untuk pergi menguruskan jenazah Abang Ali.

Abang Ali dan Yusuf Azmi sebelum ini berkhdimat dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kemudian bersama-sama berjuang dengan Semboyan.

Tamat