Hanya kurang 100 peserta yang himpunan dalam perarakan #TangkapAzamBaki di Jalan Bangsar sekitar 100 meter dari Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar.

Perarakan itu dipercayai bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bagi ditahan.

Peserta perhimpunan berarak sambil melaungkan pelbagai slogan dan bernyanyi menggunakan sistem pembesar suara, diiringi paluan gendang.

Pada peringkat awal perarakan, peserta himpunan dilihat gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal, sebelum pihak penganjur mengingatkan peserta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 itu.

Penganjur turut menyusun atur pergerakan peserta supaya SOP itu dipatuhi, namun kehadiran peserta yang ramai dalam himpunan sejak jam 10.50 pagi itu menyukarkan penjarakan fizikal dipatuhi sepanjang masa, khususnya ketika bergerak.

Pada masa sama, puluhan anggota polis dilihat ditempatkan di sepanjang Jalan Bangsar bagi memantau dan memastikan himpunan terkawal.

Tamat