Allahuakbar! Cemburu saya, bila orang yang baik-baik datang ziarah dan beri penghormatan, Ramai yang menyolatkan jenazah dan ramai juga yang mengiringi jenazah ke perkuburan,” itu kata Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi tadi.

Menurutnya beliau lega jenazah aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin, 55, diselesaikan dengan baik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut.

“Syukur Alhamdulillah urusan pengebumian jenazah almarhum sahabat perjuangan saya, Abang Ali telah selamat dan selesai semuanya kira-kira pukul 8 pagi.

“Masya-Allah dengan kehendaknya dan izinnya, begitu ramai orang mendoakan sahabat Abang Ali, pemergian yang dicemburui,” katanya tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang mengutuskan ucapan buat arwah.

Terdahulu, Abang Ali meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh, Johor di sini semalam.

Difahamkan, kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.

Tamat