Tepoh – Menjadi keperluan utama bagi menyuburkan insistisi kekeluargaan dalam negara kerana ianya pendukung generasi masa hadapan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya akan sentiasa menganjurkan program mampu membentuk suasana keluarga harmoni.

“Pembentukkan kualiti dalam masyarakat bermula dari institusi keluarga andai ianya dijaga dengan baik maka kesannya kepada negara.

“Sebab itu dalam Islam, keluarga merupakan asas utama kesatuan ummah yang mampu melonjakkan sistem kenegaraan, ekonomi serta sosial.

“Adalah menjadi keperluan bagi melibatkan komuniti setempat dalam membina suasana harmoni antara satu sama lain serta dapat menyegarkan persefahaman bersama,” katanya ketika merasmikan pertandingan memancing anjuran Jawatankuasa Komuniti Kampung Sungai Ikan semalam.

Turut hadir bersama , Adun Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim

Dr Khairuddin berkata, program itu ternyata mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat .

“Program pertandingan memancing bersama keluarga itu merupakan aktiviti yang dijalankan boleh memberikan peluang mengeratkan masyarakat setempat.

“Kekuatan asas ummah ini perlu dibentuk bagi menyatupadukan semua golongan, terutamanya golongan muda yang menjadi sumber kekuatan bangsa kini,” katanya

Tamat