Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa bagi melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tadi.

Kenderaan yang membawa Tunku Hajah itu dilihat keluar dari perkarangan IJN sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan lagii dibuat oleh pihak Istana Negara jika Tunku Hajah bermalam di IJN menemani Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Tun Mahathir yang dirawat sejak dua hari lepas lanjutan prosedur elektif yang dilaksanakan pada 8 Januari lalu berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

Tamat