Tiada siapa sangka seorang kanak-kanak mempunyai berbakat besar dalam dunia pengacaraan selepas tercungkil akibat terkejut dalam penemuaan ular sawa.

Gaya kanak-kanak lelaki melaporkan penemuan ular sawa yang ditemui dalam longkang secara siaran langsung (Live) di Facebook menjadi tular hingga meraih perhatian warganet di laman sosial.

Video live hantaran Muhammad Haziq,12 itu meraih melalui akaun Facebook Haziq Atan meraih tontonan lebih 519,000 daripada warganet.

Cara laporan berita berkenaan kelihatan mengundang berbagai reaksi positif warga maya, kerana kepetahannya dalam menggunakan kosa kata yang baik serta intonasi suara sedap didengar.

Kejadian penemuan ular itu disedari bapanya, Mohd Asyraf Ahmad, 37, ketika kerja-kerja mengemas dilakukan kira-kira 6.25 petang pada Ahad dekat sebuah pasar di Bukit Selambau.

Dia juga merupakan peniaga di pasar itu, terkejut melihat air bertakung di dalam longkang setelah membersihkan kawasan pasar tersebut.

“Semasa tengah kemas lepas habis jual sayur, saya simbah air dalam longkang tetapi air bertakung bukan disebabkan sampah-sarap tetapi ternampak seperti seekor ular sawa batik.

“Anak saya, , yang teruja pertama kali nampak ular, terus buat ‘live’ di Facebook.

“Saya dan isteri ada menegur supaya tidak berbuat demikian namun dikatakan hanya sekadar suka-suka, dia meneruskan ‘live’ sehingga menyebabkan videonya diikuti ramai dan tular,” katanya.

Katanya, anak sulung dari dua beradik itu sebenarnya gemar memasak, sering memuat naik video masakan dihasilkannya sendiri sebelum ini sehingga diikuti ramai pengguna Facebook.

Tamat