Hanya dengan melalui kerjasama dua parti gagasan terbesar Islam dan Melayu mampu membentuk wasilah perjuangan keramat bagi membentuk generasi terbilang.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dalam mengatasi permasalahan itu, satu langkah perlu diambil bagi memastikan kerjasama Melayu dan Islam tetap utuh walaupun tiada lagi gabungan melalui parti.

“Jalan perundingan antara parti adalah jalan penyelesaian yang perlu dibuat untuk memastikan kemenangan terbaik untuk politik Melayu Islam.

“Jika platform bersama gagal dicari untuk berpilihanraya, masih boleh diuruskan perundingan kerusi secara harmoni.

“Ia perlu dibuat dengan hati yang sejuk dan jiwa yang tulus tidak bermotifkan kuasa untuk kelompok sendiri semata-mata,” katanya melalui lam Facebook rasmi beliau.

Menurutnya PAS masih berpendirian memperkasakan Muafakat Nasional sebagai dasar semasa Ta’awun Siyaasi PAS. Dasar ini diputuskan oleh Majlis Syura ‘Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta diluluskan oleh 2 Muktamar Tahunan PAS pada 2018 dan 2019.

“Perjanjian ini termenterai dalam bentuk yang dipanggil Piagam Muafakat Nasional
yang dibuat antara PAS dan UMNO dengan ditandatangani oleh pimpinan 2 parti disaksikan ribuan pimpinan tinggi dan pertengahan PAS dan UMNO dalam himpunan bersama pada 14 hb September 2019.

“Dalam teks perjanjian Piagam MN ini disebut “Asas rujukan persefahaman ini dan sebarang keraguan mengenainya adalah merujuk kepada sumber-sumber hukum berdasarkan al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan QIAS.”

“Ia bermaksud sebarang perselisihan yang timbul antara dua pihak perlu dirujuk kepada al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas yang juga menjadi dasar rujukan PAS,” katanya.

Dr Khairuddin berkata, sumber rujukan asal ini adalah hanya berdasarkan Piagam Madinah di zaman Rasulullah saw yang menyebabkan “Dan sesungguhnya kamu apa pun perselisihan dalam sesuatu perkara maka tempat kembali rujukannya ialah Allah dan Muhammad”.

Walaupun kini timbul berbagai terutamanya membabitkan UMNO yang kelihatanya agresif mahu menarik diri, maka haruslah menghayati perkara berkenaan.

“Apabila timbul isu pilihanraya negeri Johor, sudah mula dilihat ada kalangan ahli kedua parti mula menyerang satu sama lain di media sosial.

“Dibangkitkan isu-isu lama pertembungan antara PAS Umno selama 40 tahun sebelum 2018. Serang menyerang ini tidak menyumbang kepada persefahaman dan perpaduan umat yang mahu kita bina.

“Ia tidak selaras dengan tuntutan al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas yang kita persetujui,” kata Dr Khairuddin.

Tamat