Pertemuan empat mata, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bersama Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz membuahkan buah fikiran dalam membantu merencanakan kesejahteraan rakyat melalui pemantapan ekonomi.

“Saya mengadakan pertemuan dengan bagi membincangkan dan membangkitkan 9 perkara penting membabitkan kesejahteraan serta kepentingan rakyat.

“Melalui perbincangan berkenaan beliau bersetuju meneliti cadangan pihak saya supaya satu insentif untuk mahasiswa/remaja berusia 18 tahun wajar diwujudkan atau disediakan memandangkan mereka bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 tidak lama lagi,” katanya tadi melalui laman Facebook rasmi beliau.

Menurut Dr Khairuddin berkata, selain itu, sistem pembinaan fasiliti kerajaan melalui pinjaman melibatkan syarikat swasta dapat memastikan sistem ekonomi berkembang pesat melalui aliran tunai yang baik.

“Selain itu Menteri Kewangan memaklumkan bahawa Kabinet sudah bersetuju dengan cadangan mewujudkan semula konsep ‘Build-Own-Lease-Transfer’ (BOLT) dan ‘Deferred Payment’ hanya untuk projek infrastruktur yang tertentu seperti pembinaan hospital, sekolah, air dan universiti.

“Saya harap dengan keputusan-keputusan penting ini akan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara… Insya-Allah,” katanya.

Tamat