“Saya mendoakan MN terus kekal. Ia tidak boleh dirombak oleh individu kerana ia keputusan dasar dibuat oleh MT dan Perhimpunan Agung UMNO,” itu kenyataan tegas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa semalam.

Menurut beliau berkata Muafakat Nasional (MN) tidak boleh dirombak oleh individu kerana penubuhannya diputuskan Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agung UMNO.

“Ia juga aspirasi dokongan akar umbi. Perpaduan ummah kekal utuh apabila UMNO dan Pas mendokong muafakat ini, Insya Allah,” katanya dalam Twitter beliau .

Annuar Musa menegaskan usaha itu merupakan aspirasi dokongan akar umbi yang mahu perpaduan ummah terus utuh apabila UMNO dan Pas bersama.

Sebelum ini, UMNO Kelantan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan Pas negeri menerusi MN berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata UMNO membuat keputusan itu berikutan PAS Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, keputusan berkenaan mencapai kata sepakat daripada ahli UMNO negeri selepas mengadakan mesyuarat khas dengan Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob.

Tamat