Putrajaya – Hotel TH yang diselia oleh Tabung Haji disaran bagi mempertingkat kualiti perkhidmatan serta menampilkan pakej produk baharu sesuai dengan kehendak pelanggan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, beliau mengadakan pertemuan dan berbincang dengan beberapa kakitangan pengurusan hotel itu bagi memajukan hotel yang menjadi ikon strategik TH sejak sekian lama.

Menurutnya, Hotel TH Kelana Jaya menyimpan seribu satu nostalgia kerana ia menjadi lokasi jemaah haji berkumpul sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas ke Makkah mengerjakan haji.

Menurutnya, sebelum ini rata-rata jemaah haji dan ahli keluarga mempunyai pengalaman menghantar jemaah haji di sini yang terletak bersebelahan Masjid TH.

“Lembaga Tabung Haji adalah institusi kebanggaan umat Islam yang mesti dijaga sebaik-baiknya,” katanya tadi.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Pengurus Operasi Hotel TH Kelana Jaya, Nurul Azhar Haron, Pengurus Residen, Ahmad Anuar Sulaiman dan Pembantu Pengurus Jualan dan Pemasaran, Jasmina Alias.

Tamat