Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ahmad Fadhli Shaari kini diberi kepercayaan sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) menggantikan Senator Ir Khairil Nizam Khirudin.

Ketua Penerangan DPPM, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, lantikan itu membuktikan PN mempercayai kredibiliti dan keupayaan Ahmad Fadhli dalam memimpin sayap Pemuda PN.

Menurutnya lagi, pelantikan itu selaras dengan Perkara 23.2 Perlembagaan Perikatan Nasional.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Pemuda PAS, Ustaz Fadhli Shaari.

“Semoga dengan lantikan ini, gerak kerja dan ketumbukan Pemuda Perikatan Nasional di bawah pimpinan Ustaz Fadhli Shaari terus mara dalam agenda memperjuangkan kebajikan rakyat di peringkat nasional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Fadhli adalah Ahli Parlimen Pasir Mas.

Tamat