“Pas dan Bersatu kesal terhadap percaturan politik segelintir pihak yang menutup pintu perpaduan, mengugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat,” itu yang terluah dari bibir Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ini kerana kedua-dua parti itu mempertegaskan pendirian mereka ekoran rasa kurang senang terhadap tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Oleh disebabkan itu, kedua-dua parti PAS dan Bersatu akan terus berpegang nilai integriti, anti rasuah dan berkebajikan bagi mewujudkan kestabilan politik dalam negara, telah membuat ketetapan bersama.

Selain itu ianya bagi menolak budaya politik ekstrem, dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara serta mengukuhkan perpaduan ummah nasional merentasi platform bukan politik, berteraskan nilai kepercayaan bersama.

Kedua-dua parti politik ini turut bakal menyertai Pilihanraya Negeri Di Johor nanti.

Tamat