Islam berdiri di atas panduan al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qias yang diturunkan Allah Taala sejak 632 Masihi lagi sehingga kini bukannya datang dengan rekaan rabbai mahupun ciptaan ahli falsafah. Itu cukup penggambarkan Islam itu sendiri.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali baru ini memberi gambaran sekiranya berlaku lagi perubahan kuasa dalam negara kepada Pakatan Harapan pastinya akidah umat berada dalam bahaya.

“Dasar PH tidak mesra Islam. Dipenuhi dengan pejuang evangelis. Ada yang dilihat Islamis tetapi memperjuangkan pemikiran Islam yang liberal.

“Ini kerana perjuangkan pemikiran Islam yang liberal tanpa keterikatan pada hukum dan bersifat ‘post islamisme’ (pasca islamisme) yang semestinya mencabut akar umbi pemikiran gerakan Islam.

“Berantakannya Pakatan Rakyat yang akhirnya melahirkan PH adalah atas asas pertembungan dengan dasar Islam yang dibawa oleh Pas sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama,” kata Khairuddin dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Sebaiknya buatlah pilihan sebaiknya supaya akidah anak cucu masa depan seterusnya terjaga.

Tamat