Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Angkatan Muda Keadilan dari Parti Keadilan Rakyat mahu sekurang-kurangnya enam calon muda bertanding.

Ketua AMK PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, senarai enam calon tersebut sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk ditimbangkan bertanding pada PRN itu.

“Kita cadangkan 30 peratus daripada calon yang akan bertanding dalam PRN Johor adalah calon muda. Kerusi yang mereka akan tandingi melibatkan kawasan campuran termasuk di kawasan luar bandar.

“Ada (kerusi) di Johor Bahru dan dan juga kawasan lain. Kita mahukan keseimbangan (dalam pembahagian kerusi) supaya apabila (calon muda) menang mereka dapat diberikan peranan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat AMK peringkat negeri di Pejabat PKR Johor di Pusat Perdagangan Utama di sini pada Ahad.

Tamat