Kini 14 bangkai penyu mati kerap dijumpai di seluruh pesisir pantai Terengganu sepanjang bulan ini.

Penemuaan bangkai-bangkai tersebut masih lagi dalam siasatan kerana bimbang akan berlakunya kepupusan haiwan berkenaan.

Hari ini, satu lagi bangkai penyu agar dijumpai di pesisir Pantai Kijal di sini hari ini oleh seorang pemajak telur penyu terdampar sekitar jam 8 pagi

Pemajak telur penyu terbabit, Roslan Mohamad, 54, berkata, beliau terserempak dengan bangkai penyu jantan dewasa itu sewaktu melakukan pemeriksaan di pantai berkenaan.

“Keadaan bangkai penyu itu amat memilukan dan saya percaya punca kematiannya akibat terkena pukat.

“Tambah menyedihkan saya, ini penyu kedua ditemui mati di kawasan pendaratan penyu di bawah seliaan saya dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Menurutnya, penemuan bangkai penyu dewasa tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perikanan bagi tindakan lanjut.

Tamat