Terkejut membaca kenyataan daripada Timbalan Pengerusi UMNO Johor apabila melabelkan PAS sebagai gila talak. Apakah sukar bersatu dalam ‘periuk’ agama dan bangsa walaupun terdapat perbezaan politik?

Itu antara yang perlu ditekankan kepada Datuk Nur Jazlan Muhamed yang dilihat kini lebih bersikap mahu mengenepikan PAS.

Ahli Majlis Syura PAS, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beza pendapat politik tak menghalang permuafakatan dalam agama, bangsa serta negara.

“Sekiranya PAS dan UMNO gagal untuk bersatu pada platform politik berpilihanraya kita masih terus bertanggungjawab menjaga muafakat umat.

“Ini untuk pelbagai lagi kepentingan bersama dari sudut agama, ekonomi, sosial dan pendidikan demi kebaikan rakyat.

“Budaya Politik Matang Sejahtera masih menjadi sebahagian dasar PAS dalam membawa politik dakwah,” katanya melalui laman Facebook rasmi beliau.

Sebagai pemimpin masyarakat, Nur Jazlan perlu lebih terbuka, melakukan permuafakatan demi bangsa dan agama.

Sekiranya dilihat DAP dan MCA serta Gerakan, walaupun berada di aliran politik berbeza mereka tetap bersatu untuk ekonomi masyarakat Cina, terutamanya budaya, bahasa, serta agama.

Buktinya jelas, mereka bersatu menyokong Dhong Zhong, mendapatkan berbagai kepentingan untuk SJKC.

Itulah yang juga segelintir UMNO perlu lakukan, teruskan bersatu, bersama dalam berbagai pentas lain

Menurut Dr Khairuddin berkata, walaupun carilah pilihan damai demi agama bangsa ini.

“Ada yang kurang mesra Muafakat Nasional daripada awal lagi. Kalau sekarang ada yang membakar jambatan tiada yang pelik.

“Tidak sedikit yang sebegini daripada kedua belah pihak. Namun, ia tidak menghalang untuk kita terus memperjuangkan perpaduan umat.

“Usahlah serang menyerang. Ambillah politik damai menghormati pilihan masing-masing. Teruskan berdoa yang terbaik untuk umat,” katanya.

Tamat