Batalion 8 Pasukan Gerakan Am ( PGA) Pengakalan Chepa sememangnya dinobatkan sebagai wira negara berjaya menjaga kedaulatan negara daripada diceroboh masuk 16 pendatang tanpa izin.

Atas kecekapan pasukan berkenaan semua 16 PATI daripada Myanmar itu dicekup selepas dua tekong darat tempatan gagal menyembunyikan mereka dalam lori.

Kesemua PATI dan dua tekong darat itu dicekup selepas lori yang dinaiki mereka ditahan di Kampung Batu Karang pada jam 6 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, kesemua PATI berjaya ditahan hasil maklumat berkait aktiviti penyeludupan migran.

“Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota bertugas yang membuat pemerhatian di kawasan Batu Karang melihat sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan,” katanya ketika bercakap kepada media, hari ini.

Menurutnya, anggota bertugas menghampiri lori tersebut dan mengarahkan pemandu untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas lori itu membawa kepada penemuan PATI tersebut yang disorokkan di bahagian belakang kenderaan itu.

Mat Shukor berkata, kesemua PATI termasuk dua tekong darat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 26 (j) Antipsom 2012 dan Seksyen 6 (1) (C) Imigresen 1959/63,” katanya.

Tamat