Perjuangan dan tujuan PAS hanya mencapai redha Allah dan hukum-hakam Islam dapat ditegakkan dalam masyarakat.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, PAS berdiri di atas prinsip agama Islam.

Setiap ahli PAS secara dasarnya berpegang teguh Perlembagaan Parti bagi mencapai tujuan asal menegakkan agama Islam tertakluk dalam FASAL 5 (1).

“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam
dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.”

“Mempunyai matlamat ahli PAS menerusi perjuangan dakwah dalam masyarakat sehingga nilai hidup Islam dapat ditegakkan dalam sebuah masyarakat.

“Redha Allah menjadi matlamat menerusi perjuangan politik menobatkan pemerintahan yang tertegak padanya hukum hakam dan prinsip pemerintahan Islam,” katanya melalui laman Facebook rasmi beliau tadi.

Menurutnya Allah telah mengurniakan nikmat berkerajaan di peringkat negeri dan persekutuan maka menjadi tugasan semua ahli PAS untuk bersungguh-sungguh memastikan dakwah dapat terus dikembangkan dalam masyarakat.

“Di saat dan kemenangan berkerajaan dipertahankan dan dikekalkan bagi memastikan prinsip pentadbiran Islam terus diterapkan.

“Semua ini perlu diperjuangkan dengan pelbagai strategi yang halus dan bijak bagi mencapai Redha Allah,” katanya.

Tamat