KLANG – Demi memuaskan nafsu syaitan, seorang lelaki berusia 24 tahun sanggup bertindak seakan haiwan terkutuk apabila merogol adiknya sendiri.

Perbuatan berkenaan dipercayai sudah dilakukan beberapa kali oleh lelaki berkenaan sebelum ditahan pihak polis kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Rahmat Ariffin berkata, berdasarkan siasatan kejadian dikatakan berlaku pukul 1 pagi pada 17 Ogos 2018 apabila mangsa sedang tidur di rumahnya di daerah ini.

Menurutnya, suspek kemudiannya telah datang dengan memasukkan kemaluan ke mulut mangsa sebelum merogol adiknya itu.

“Selepas kejadian suspek terus melarikan diri dengan mangsa memaklumkan telah dirogol beberapa kali oleh suspek sama sebelum ini.

“Mangsa ada memberitahu kepada ibu bapanya namun mereka tidak mempercayai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa juga tidak membuat laporan polis susulan tiada kenderaan ke balai dan takut dimarahi oleh ibu bapanya.

Rahmat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dengan suspek kini direman sehingga 7 Februari depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.