Adalah menjadi keutamaan kepada semua parti dalam usaha mengukuhkan persaudaraan sesama agama serta permuafakatan dalam negara.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, budaya politik matang perlu dipupuk bagi memastikan semua pihak dapat bertindak waras.

Politik perlu melalui pilihan raya, tetapi permuafakatan adalah menjadi lebih utama dalam membina negara bangsa yang tinggi adab nilainya.

“Dalam norma baru pilihanraya hari ini rakan kerjasama politik boleh sahaja berbeza ketika pilihanraya sebagai satu norma politik matang sejahtera namun ia tidak mencarikkan permuafakatan dan persaudaraan.

“Oleh itu komitmen PAS bagi menunjukkan kebersamaan dalam apa sahaja tindakan dan pendirian kerajaan untuk kemaslahatan rakyat.

“Sepanjang PAS berkerajaan di peringkat Persekutuan PAS sentiasa berusaha membina budaya kerja berasaskan prestasi dan menekankan ketelusan dan integriti,” katanya melalui laman sosial Facebook rasmi beliau.

Menurutnya PAS sekali tidak akan berkrompomi soal intergriti dan ketelusan kerana ianya ialah amanah Allah, serta tanggungjawab kepada rakyat.

Dr Khairuddin pilihanraya negeri Johor menjadi satu lagi contoh politik matang yang sedang dicerna oleh kerajaan Keluarga Malaysia.

Tamat