Bimbang serpihan kayu mencederakan orang awam, beberapa anggota polis trafik bertugas mengalihkan serpihan kayu yang terjatuh daripada lori.

Sesungguhnya mengalihkan sesuatu yang menghalangi jalan adalah salah satu cabang iman. Semoga ianya menjadi contoh buat masyarakat.

Pasukan Pemantauan Op Selamat 17 JSPT IPK Sarawak yang diketuai oleh ASP Azlizi , SM Mohammad Radzi ,Kpl Azlan , LKpl Urisman dan LKpl Diesam sedang dalam rondaan terjumpa dengan serpihan tanah/rumput yang kemungkinan besar telah jatuh dari lori di Jalan Pesisir Pantai Bekenu/Bintulu.

Pasukan Pemantauan tersebut terus melakukan pembersihan dan turut dibantu oleh orang awam bagi memastikan  keselamatan pengguna jalan raya yang akan melalui jalan tersebut.

Sekiranya tindakan pembersihan tidak dilakukan ianya boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya. Kepada mana² pemandu lori yang membawa apa² saja jenis muatan sila pastikan muatan yang anda bawa betul² dalam keadaan yang selamat dan bertutup dengan kemas.

Tamat