Sejak dua-tiga bulan lalu, hampir 30 ekor ayam serta itik ternakan mulai hilang sehingga menimbulkan tanda tanda tanya dikalangan penduduk kampung Kampung Bukit Piatu, Melaka.

Namun segalanya terjawab dengan seekor ular sawa batik seberat 150 kilogram ditemui melingkar di dalam kawasan belukar, pagi tadi.

Menurutnya sumber berkata, ular sawa bersaiz mega berkenaan dijumpai kira-kira pukul 10.45 pagi ketika membersihkan kawasan tersebut menggunakan jentera jengkaut.

“Saya memang mengambil upah membersihkan kawasan belukar dan ketika membuat kerja-kerja pembersihan pagi tadi saya terkejut apabila ternampak seekor ular sawa yang sangat besar.

“Penduduk kampung ada juga mengadu ternakan hilang sejak bulan lalu, mungkin ular inilah yang telah makan ayam dan itik mereka,” katanya ketika ditemui di Bukit Piatu di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang bekerja sebagai operator jengkaut, itu adalah pengalaman pertamanya menemui ular seberat 150 kilogram.

“Selain ular itu, terdapat seekor lagi ular lain yang saiznya lebih kecil menyelinap masuk ke dalam belukar,” katanya.

Tamat