Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi amaran kepada semua sekiranya Ada pihak yang cuba mempolitikkan isu harga ayam dan telur.

Timbalan Menterinya Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan akan bertindak jika pemain industri itu terus mempermainkan isu itu sehingga membebankan pengguna apabila harganya melambung di luar dibenarkan oleh kerajaan.

“Faktor kekurangan ayam dan telur hanyalah akibat masalah kekurangan barangan mentah bukannya atas faktor tertentu.

“Kerajaan tidak akan berdiam diri dan bertolak ansur terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap keperluan makanan asas dalam negara,” katanya.

Dr Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berharap amaran dipatuhi dan diambil perhatian pihak yang terbabit agar menghentikan perbuatan itu dengan segera.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang untuk menyelesaikan masalah itu termasuk meluluskan lesen import ayam dan telor dari luar negara kepada individu bagi menstabilkan harga di pasaran tempatan supaya tidak membebankan pengguna.

Tamat