Islam berpegang kepada dua, tampuk pemerintahan serta tugas dakwah, sebab itu setelah wujudnya negara Islam Madinah pertama, Islam semakin berkembang sehingga kini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS bukan hanya parti politik tetapi ia adalah gerakan Islam yang mengambil dua cabang tugasan iaitu berdakwah dan berpolitik.

“Berdakwah bermaksud PAS sentiasa bergerak dalam masyarakat bagi mengajak mereka beramal dengan Islam. Berpolitik bermaksud PAS terlibat dengan politik bagi mengembalikan kuasa pemerintahan kepada Islam.

“Dalam sejarah pasang surut PAS mendapat kuasa tugasan dakwah tidak pernah surut bahkan sentiasa pasang dan berkembang. Ketika PAS berada dalam keeajaan, dakwah kepada masyarakat sentiasa menjadi matlamat.

“Apa pun perjawatan politik yang dipegang sama ada wakil rakyat, Menteri Besar, Menteri, Timbalan Menteri, Exco malah menerajui syarikat kerajaan negeri dan persekutuan, dakwah tetap menjadi matlamat”, katanya.

Menurutnya tadbir urus Islam sentiasa dijunjung untuk diterapkan dalam pemgurusan. Integriti menjadi landasan dalam pentadbiran. Itulah PAS.