Tiada siapa sangka warga asing kini semakin berani sehingga mampu meraih pendapatan tinggi hasil haram penyeludupan arak tidak bercukai bernilai RM28,116 di Taman Kim Chuan, Pelabuhan Klang pada Isnin.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, semakan lanjut mendapati lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam dua kenderaan, kita menemui 172 kotak berisi minuman keras disyaki diseludup, kita turut merampas telefon bimbit suspek,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Rizal berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Pada masa sama, beliau memohon masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Tamat