Shah Alam – Tiada siapa sangka pujuk rayu ‘abam Bomba sado’ selama empat jam mampu m menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri tingkat 18 sebuah pangsapuri di Seksyen U2 dekat sini, awal pagi semalam.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden cubaan bunuh diri berkenaan pada 3.35 pagi menyebabkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik terus bergegas ke lokasi bimbang berlaku apa-apa.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berada di bumbung tingkat 18 pangsapuri berkenaan dan dipercayai cuba membunuh diri.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memasang air cushion seterusnya memujuk mangsa untuk turun dengan bantuan adik serta bekas isteri lelaki itu.

“Bomba mengambil masa empat jam untuk memujuk sebelum lelaki itu bersetuju untuk turun dari bumbung berkenaan,” katanya.


Difaham lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian berikutan panggilan telefonnya tidak dijawab oleh teman wanita.

Norazam berkata, lelaki itu dipercayai pernah cuba melakukan perkara yang sama di Pulau Pinang, pada tahun lalu, kerana masalah keluarga selepas bercerai.

Tamat