Sekali lagi Malaysia diangkat sebagai rakan kerjasama keamanan apabila Qatar berusaha menyelaraskan misi pemulihan negara Emeriah Islam Afghanistan melibatkan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Lawatan Hadi Awang penting sebagai satu tanda Malaysia menyokong pembagunan negara Islam merdeka serta berdaulat. Hal ini secara tidak langsung tidak disenangi oleh Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Amanah seakan tunduk kepada parti dominannya DAP yang sengaja memperkecilkan sesi dialog berkenaan.

 “Salahuddin Ayub mencari ruang memperkecil sesi dialog berkenaan, bagi saya ia lahir daripada sentimen politik kepartian semata-mata dan tidak objektif.

“Ibarat cerita seorang bapa dan anak dengan keldai mereka yang masyhur. Semua yang dilakukan tidak kena di pandangan mata para pengkritik,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Sebaiknya mereka parti lawan perlu membuka mata, mengikut bagaikan mahu meneroka pasaran Timur Tengah sehingga mampu menjadikan negara serantau berkenaan sebagai pusat hub rangkaian sawit dunia.

Semasa Dr Khairuddin menjawat jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan, Dan Komoditi, beliau mampu membawa sawit, getah, serta kayu negara liga Arab dan Afrika.

Parti Amanah perlu buka mata, buka fikiran, bukannya hanya beraksi di pentas politik tanpa membawa kepada negara. Ini kerana lawatan kerja itu hakikatnya memberi signifikan besar kepada negara terutama dalam konteks Asia Barat kerana mempunyai peluang pelaburan tinggi negara.

Semua tahu, Qatar ialah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di Asia Barat selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

“Untuk tahun 2020, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Qatar berjumlah RM210 bilion, dengan eksport Malaysia ke Qatar berjumlah RM1.13 bilion dan import pula bernilai RM970 juta.

“Malah ketika menjadi menteri, saya sendiri dijemput oleh Duta Qatar di Malaysia untuk kunjungan mahabbah membincangkan peluang pelaburan yang besar dalam negara,” katanya.

“Walaupun Qatar negara kecil tetapi mempunyai peranan besar dalam pembangunan dan pelaburan ekonomi di seluruh dunia menerusi Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) yang memiliki pelaburan mencecah AS$328 bilion,” katanya.

“Sesi perbincangan dengan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Dr Ahmad Raissouni juga sangat signifikan memandangkan pengaruh kesatuan tersebut dalam kalangan alim ulamak seluruh Asia Barat dan di dunia Islam umumnya. Apatah lagi Tuan Guru Presiden sendiri adalah bekas Naib Presiden kesatuan tersebut,”.

Tamat