Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah disahkan positif COVID-19 hari ini, melalui satu hantaran di laman Facebook beliau pagi tadi.

Menurutnya beliau berkata, keputusan itu didapati selepas membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM,” katanya

Tamat