Mutakhir ini, ruang pahala dan dosa dilihat sama banyak, berganda-ganda seperti infiniti, terutamanya melibatkan media sosial.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, maka ambillah peluang berkenaan menulis kata-kata nasihat serta ilmu untuk bekalan alam seterusnya.

“Setiap apa yang ditulis ada nilaian pahala atau dosa. Pahala dan dosa pula ada yang berpanjangan kesannya.

“Justeru, berlumba-lumbalah agar sentiasa memperoleh pahala dengan menulis menerusi kata nasihat dan pengajaran agar berpanjangan pahalanya dinikmati.

“Berhati-hatilah agar tidak tersilap mencatatkan dosa yang berpanjangan dengan menulis perkara yang merosakkan termasuk melibatkan umpat keji dan fitnah melibatkan maruah manusia,” katanya.

Menurutnya melalui hadis riwayat Muslim, Nabi bersabda, “Sesiapa yang menunjuk atas satu kebaikan maka baginya pahala pelaku nya”

Tamat