Walaupun mentah di pucuk rebung, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memutuskan tetap bertanding di blok pembangkang di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Walaubagaimanapun, pembahagian kerusi itu diputuskan pada rundingan rasmi PRN Johor antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Muda yang telah mencapai kesepakatan.

Oleh itu, Muda akan bertanding enam kerusi di DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Ia melalui rundingan rasmi ini telah bersetuju dengan tiga matlamat utama antaranya memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon Amanah, DAP dan Muda di setiap kawasan.

“Keduanya, kita bersetuju menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera Amanah, DAP dan Muda untuk memenangi setiap calon serta bersama-sama menubuhkan kerajaan Negeri demi membantu rakyat mencapai impian mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari