Tiada lagi istilah kubu kuat BN, apabila Perikatan Nasional (PN) meletakkan semua calon pada 56 kerusi DUN pada PRN Johor nanti.

Setiausaha Badan Perhubungan PN Negeri Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kesemua kerusi itu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pas dan Gerakan sebagai anggota parti PN Johor.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyempurnakan mesyuarat khas dan memutuskan PRN Johor Ke-15 perlu diadakan bagi mengisi kekosongan 56 kerusi DUN. Dengan pengumuman tarikh penting tersebut, PN Negeri Johor akan meneruskan dan memperkasakan gerak kerja jentera bagi menghadapi pilihan raya ini.

“Sebagai menghormati sistem Demokrasi Berparlimen, Bersatu bersama Pas dan Gerakan sebagai Anggota Parti Perikatan Nasional akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Tamat