Semalam, Malaysia kecoh dengan penemuaan tubuh seakan mayat manusia ditemui di belakang sebuah bengkel di Seksyen 27 di sini, semalam.

Penemuaan berkenaan bukan sahaja membimbangkan malah terpaksa membuatkan pihak polis bergegas ke lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bungkusan tersebut ditemui kira-kira pukul 3 petang oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn. Bhd.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik.

“Kes didiklasifikasikan No Offence Disclosed (NOD) memandangkan tiada sebarang kesalahan jenayah di dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Baharudin menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tersebut. –

Tamat