Jasin – Pastinya seluruh keluarga menangisi pemergian seorang pemuda dijemput ajal ketika sedang bekerja apabila ditimpa kotak berisi kaca seberat 5.6 tan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian berkenaan, sekitar jam 7 pagi, mangsa, Muhammad Umar Mohd. Shahid, 23, dipercayai maut di lokasi akibat berlaku kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kemalangan berkenaan berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja mengikat kotak kaca di dalam kontena.
“Ketika membuat kerja, mangsa telah terlanggar kayu penahan menyebabkan kaca seberat 5.6 tan menghempap si mati.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di pelbagai anggota badan termasuk kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, ketika insiden berlaku mangsa juga berada di penghujung syifnya yang tamat pada pukul 8 pagi.
Walaubagaimanapun mangsa telah dikeluarkan daripada serpihan kaca dengan bantuan pasukan bomba.
Tamat