Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terus berada dalam istiqamah perjuangan Islam bagi mendaulatkan agama ini.
“Terus bersabar dengan ujian dan terus istiqamah dengan perjuangan. Mentari dan bulan akan terus menyinari perjuangan Islam ini,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini selepas diubah jawatan kepada ahli biasa.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi berkata, jawatan Dr Khairuddin dalam Majlis Syura Ulama terpaksa dibatalkan kerana ianya merupakan perlantikan melalui Jawatankuasa PAS Pusat.
“Oleh kerana pelantikannya dalam Majlis Syura Ulama adalah oleh Jawatankuasa Pas Pusat, maka kita membatalkan pelantikan itu.
“Dia bukan lagi ahli majlis (berkenaan) kerana untuk menjadi ahli perlu mempunyai jawatan,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.
Dr Khairuddin telah banyak menyumbang idea serta tenaga untuk perjuangan negara, bangsa dan agama.
Penduduk Felda terutamanya pastinya sentiasa terkenangkan usaha beliau dalam mendaulatkan industri sawit dan getah negara sehingga membawa kepada harga tertinggi.
Melihat kepada carta potensi item komoditi beliau sangat bersyukur kepada dapat menggembirakan satu juta keluar pekebun kecil.
Antara agrokomiditi yang meningkat naik dapat dilihat pada sektor sawit, getah, lada serta koko yang memberi pulangan lumayan kepada petani.
Trend Dr Khairuddin yang berani menggalas cabaran negara membuka pasaran baru agrokomiditi negara sehingga ke Timur Tengah, China Dan Afrika serta Turki membuktikan beliau berdedikasi dalam pembagunan ekonomi.
Tidak cukup sekadar itu, keperihatinan beliau terhadap penduduk tempatan cukup jelas kelihatan apabila bersengkang mata, bersama mencari jalan menyelesaikan masalah air di Sungai Terengganu.
Penduduk Kuala Nerus begitu terkesan dengan keperihatinan yang ditunjukkan Dr Khairuddin, membina kerjasama dengan pihak korporat serta NGO menjayakan misi bantuan untuk rakyat.
Kejayaan besar misi beliau dalam membangunkan ummah apabila berjaya membuka sebuah Pasaraya ummah bagi membantu usahawan Melayu Islam dalam sektor perniagaan runcit.
Menurut Dr Khairuddin perniagaan runcit ini merupakan sektor yang melibatkan barangan keperluan harian, atas sebab itu lah penyediaan barangan yang baik dan berkualiti adalah satu fardu kifayah yang diusahakan.
“Pasaraya ini juga akan menjadi satu ruang untuk membantu usahawan-usahawan bumiputra untuk memasarkan barangan mereka.
“Kebanyakan usahawan bumiputera mempunyai produk tetapi tiada tempat untuk dipasarkan, ” katanya
Khairuddin berkata, Pasar Raya Ummah ini dikendalikan di bawah Lajnah Ekonomi Pas Pusat untuk dijadikan satu model perniagaan bagi seluruh ahli PAS dan juga rakyat Malaysia dalam sektor perniagaan runcit.
“Harapan kami supaya model yang kita laksanakan hari ini mampu dilaksanakan di seluruh Malaysia menerusi PAS di setiap kawasan.
“Jika semua dapat laksanakan dengan konsep yang sama, insya Allah seluruh produk-produk bumiputera di seluruh negara akan lebih cepat berkembang.
“Justeru itu konsep pasaraya ini bukan sahaja membantu menambah dana untuk parti bahkan membantu usahawan-usahawan kecil disekitar, ” katanya.
Tidak sekadar itu, Dr Khairuddin aktif mengembangkan Dana Wakaf Komersial bagi tujuaan kebaikan ummah.
Ini kerana, melalui perniagaan, ianya mampu memberi peluang rezeki yang lebih baik kepada ummah. Sebagai contoh, antara usaha Dr Khairuddin turut membangunkan pasaraya berkonsep wakaf pertama di Dungun, Terengganu.
Istiqamah ini membuatkan Dr Khairuddin lantang mengkritik mana-mana individu yang melaga-lagakan ummah di negara ini.
Tamat