Kelibat harimau Malaya kini boleh ditemui dimana-mana, saban kes pertembungan ‘kucing’ besar ini dengan manusia semakin kerap.

Bimbang nanti, haiwan kebangsaan jata negara ini bakal pupus sekiranya langkah lebih bijak tidak diambil pihak berkuasa.

Baru-baru ini satu video klip tular menunjukkan harimau berlegar di tepi semak dirakam oleh pemandu kenderaan .

Pemandu berkenaan hanya menyatakan lokasi harimau itu ditemui di sekitar Cameron Highlands, walaubagaimanapun lokasi sebenar tidak diketahui.

Kini seakan manusia yang memberi ancaman kepada harimau, bukannya haiwan berkenaan yang mengancam manusia.

Tamat