Sesi ‘Live’ Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di laman sosial Facebook memberikan persepsi positif kepada semua, terutamanya masyarakat awam.

Sesi itu, mendapat reaksi positif masyarakat apabila beliau muncul secara bersahaja merungkai isu-isu semasa kemarasyakatan yang Ada.

Video berkenaan dipercayai dibuat dari luar negara susulan latar belakang waktu siang dan bunyi angin kencng di samping gaya pemakaian Ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan yang berjaket.

Dalam video berdurasi 13 minit 52 saat itu, Mohd. Khairuddin bagaimanapun tidak menyentuh perihal pemecatan beliau .

Menurutnya, apa yang berlaku merupakan isu dalaman, maka, perlu diselesaikan dengan kaedah parti sekali gus menyerahkan kepada kepemimpinan Pas untuk menguruskan perkara berkenaan.

“Ini kali pertama saya bersiaran secara langsung setelah pelbagai isu berlaku dalam parti dan perjuangan. Ramai yang meminta ulasan termasuk media, namun saya masih mengambil sikap untuk kekal tidak menjawab atau mengulas.


“Saya serahkan semuanya kepada parti, InsyaAllah. Saya istiqamah dengan perjuangan Pas dan sabar. Belum masanya saya memberi respon terhadap apa yang berlaku,” katanya dalam video berkenaan.

Mantan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu turut bertekad untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen sekali gus berharap rakyat di Kuala Nerus berpuas hati sepanjang sembilan tahun perkhidmatannya sejak Mei 2013.

“Saya akan terus bercakap secara umum tentang akhlak Islam, dasar perjuangan dan idea yang dipersetujui parti. Sebagai contoh yang selalu saya perjuangkan ialah kesatuan umat,” katanya.

Tamat