Isu ayam ini bukan isu lagi baru untuk dimaninkan, tapi ianya sebagai isu keperluan masyarakat yang perlu diketengahkan.

Ini kerana ayam merupakan antara salah satu sumber protein utama yang mampu dibeli oleh rakyat marhean. Tetapi kini harganya melambung tinggi, rakyat B40 terpaksa mencari altenatif lain bagi menggantikan ayam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata melalui laman Facebook rasmi beliau, kerajaan perlu mencari penyelesaian segara terhadap isu ini.

“Rakyat kini terhimpit sepenuhnya apabila harga ayam naik, di samping stok telur yang berkurangan.

“Pemberian subsidi bukanlah, penyelesaian kepada masalah ini, ia umpama ‘panadol yang bersifat sementara melegakan kesakitan’ tetapi tidak merawat akar umbi penyakit dan masalah.

“Kenaikan harga ayam adalah kesan langsung daripada kenaikan bahan mentah seperti makanan ayam. Ini antara punca permasalahan. ” katanya melalui laman Facebook beliau.

Menurut Dr Khairuddin, kerajaan perlu lebih agresif dan kreatif melalui kajian pemakanan yang dijalankan serta Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang telah ditubuhkan oleh Kabinet pada April 2020 melibatkan beberapa kementerian perlu segera bermesyuarat menyelesaikan isu ini secara holistik.

“Oleh itu kerajaan perlu segera menggalakkan industri kitar semula bahan buangan agrikultur untuk diproses semula sebagai makanan ayam ke arah mengurangkan kos menternak ayam.

“Kawalan eksport isi rung kelapa sawit (Palm Kernel Cake) yang menjadi antara bahan makanan haiwan mesti diperketatkan lagi oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kerana sememangnya bekalan dalam negara sendiri tidak mencukupi yang memberi kesan besar pada kos bahan makanan haiwan termasuk ayam.

“Purata pengeluaran Palm Kernal Cake dalam negara ialah 2.4 juta tan setahun namun penggunaan peringkat domestik sangat rendah hanya sekitar 260k tan setahun,” katanya.

Dr Khairuddin berkata, sepatutnya buangan isirung sawit ini mampu diproses sebagai makanan ayam seperti dijalankan Mesir dan Afrika.

“Dalam masa yang sama perlu dimanfaatkan segera pelbagai kajian oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan para penyelidik di menara gading melibatkan makanan haiwan dari isi rung kelapa sawit dan sisa sawit lain yang diperkaya dengan nutrisi lain dengan kos yang rendah.

” Ini adalah penyelesaian jangka masa panjang bagi isu pemakanan haiwan dalam negara,” katanya.

Tamat