Satu video kini tular di laman sosial menunjukkan seekor harimau jantan bersaiz besar sedang berlegar-legar di sebuah ladang balak, dipercayai Bukit Wang, Kubang Pasu

Melalui rakaman selama 30 saat otu menunjukkan haiwan berkenaan berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.

Rakaman berkenaan turut berserta audio suara lelaki tempatan membuatkan ia tular dan tersebar luas.

Melalui klip audio tersebut, lelaki itu menyebut ‘Ha tu pak belang tu, Jalan Bukit Wang nak pi Changlun dalam kebun jati’.

Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah ketika dihubungi Sinar Harian menafikan video tular penemuan seekor harimau berkeliaran di kawasan Bukit Wang, di sini.

Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memberitahu, kejadian berkenaan tidak berlaku di negeri ini, sebaliknya berlaku di luar negara.

Tamat