Langkawi – Kes dua beradik yang maut akibat makan sampah kini menjadi semakin rumit apabila bapanya ditahan polis didapati positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, hasil ujian air kencing lelaki berusia 36 tahun itu didapati positif dadah.

“Bapa kepada dua kanak-kanak ini telah ditahan pada malam Ahad untuk membantu siasatan. Hasil ujian air kencing adalah positif dadah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada tadi.

Menurutnya Shariman berkata, mayat dua beradik tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Semalam media melaporkan dua beradik berusia dua dan empat tahun maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi pada petang Ahad.

Tamat