Bagaikan Hollywood, itu antara yang dapat digambarkan di Saudi kini, sejak Mohammed Bin Salman mahu membawa negara berkenaan kepada modenisasi.

Pastinya ramai sukar mempercayai beberapa undang-undang seperti kebenaran meminum arak, wayang dan berbikini di beberapa pantai di Arab Saudi.

Terkini, gelombang Hari Kekasih, yang menjadi punca dosa zina mula menghidup menular di kalangan penduduk Saudi.

Memetik laporan South China Morning Post, walaupun sambutan itu tidak menyebut perkataan ‘Valentine’, beberapa kedai di pusat membeli-belah di Arab Saudi kini sedang giat melakukan promosi hadiah seperti minyak wangi, barang bersolek dan baju dalam di hadapan kedai mereka.

Menurut NDTV, sebahagian kedai menerima lonjakan jualan dengan kebanyakan rakyat Arab Saudi tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan tersebut.

Salah seorang penjual memberitahu AFP bahawa pihak pengurusan telah meminta mereka untuk menghiasi gerai dengan warna merah dan mempamerkan pakaian dalam di bahagian hadapan kedai,

“Terdapat ramai pelanggan yang meminta pakaian dalam merah pada Hari Valentine… Kami mempunyai diskaun pada masa ini, tetapi kami tidak memanggilnya tawaran Hari Valentine,” kata salah seorang penjual.

Sebelum ini, negara ini terkenal dengan undang-undang Islam formal. Polis agama boleh menahan mereka yang didapati menjual hadiah yang mempunyai kaitan dengan Hari Valentine kerana sambutan ini bertentangan dengan agama Islam.

Namun kini semuanya berubah, sedih melihat tanah suci umat Islam dibanjiri fahaman-fahaman barat yang bertentangan dengan nilai akhlak sebenar.

Sementara itu, seorang pelanggan bernama Reem al-Qahtani, 22, berkata, rakyat Arab Saudi secara beransur-ansur mula menerima Hari Kekasih.

Walaupun ia tidak disebut ‘Valentine’ buat masa ini di Arab Saudi. “Buat masa ini, kami meraikan secara senyap di kafe dan restoran, tetapi kami berharap ia akan mendapat tarikan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.