Kes kematian mati mengejut kini kerap menjadi bualan hangat masyarakat. Terbaru kes ini melibatkan seorang pengadil perlawanan bola sepak Jalan Sungai Chua, Taman Berjaya, Kajang, semalam.

Menurut orang ramai mangsa dipercayai sedang mengadili perlawanan bola sepak yang baru berlangsung 19 minit.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan kecemasan pada jam 4.17 petang berhubung mangsa berusia lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan awal mendapati mangsa rebah ketika mengadili perlawanan bola sepak yang baru berlangsung 19 minit.

“Petugas ambulans yang tiba terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa sebelum mengesahkan kematiannya.

“Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Tamat