Dua sahabat kongsi ajal bersama apabila berakhir dengan satu tragedi mereka berdua lemas di air terjun Batu Berangkai tadi.
Mangsa Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, 20, Muhammad Fikri Adam Azmi, 20, dipercayai meninggal sekitar jam 10 pagi selepas dibawa naik oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian berlaku apabila seorang daripada mangsa dilihat lemas sebelum cuba dibantu rakannya.
Menurutnya, keadaan panik menyebabkan kedua-dua mangsa tersebut gagal menyelamatkan diri.
“Dua lagi rakan mereka yang berada di tempat kejadian cuba membantu tetapi gagal dan hanya mampu menarik mangsa pertama keluar dari air tetapi dia bagaimana pun tidak sedarkan diri.
“Mangsa kedua telah tengelam di dalam air dengan dua rakan lain segera meminta pertolongan orang awam dan menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua mereka yang berasal dari Selangor itu datang ke Kampar untuk mandi dengan menaiki motosikal,” katanya.
Tamat