22 kematian yang dikatakan berpunca daripada dos penggalak telah dibuktikan tidak tepat sama sekali oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

NPRA menjelaskan bahawa kes kematian berkenaan langsung tidak mempunyai kaitan dengan pelalian berkenaan.

Pengarah NPRA, Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, siasatan terperinci yang dijalankan Jawatankuasa Farmakovigilans terhadap 22 kes kematian itu jelas tidak mempunyai kaitan dengan dos penggalak.

Menurutnya, baki 20 lagi aduan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang diterima pihaknya masih lagi dalam siasatan.

Ketika ini, 22 kes sudah dinilai manakala, 20 lagi masih menunggu siasatan dan penelitian pakar.

“Kami dapati, hasil penilaian Jawatankuasa terhadap 22 kes itu tidak ada hubung kait atau causality vaksin yang menyebabkan kematian,” katanya pada sidang akhbar petang tadi.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak termasuk media membaca kenyataan diberikannya sebelum ini dan tidak dibaca sebahagian saja sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tamat