Orang ramai bagaikan terkejut apabila seorang lelaki terbakar keluar dari pintu keretanya di Jalan Syed Omar, Kg. Syed Omar, Kangar, Perlis.

Menurut laporan Balai Bomba Kangar, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.49 malam dan mendapati seorang lelaki melecur sekitar 80 peratus dan keretanya Perodua Alza terbakar sebanyak 90 peratus.

Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran sehingga selesai dan mangsa yang cedera dan terbakar tersebut telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tamat