Haidar, budak yang terperangkap selama tiga hari dalam sebuah perigi akhirnya pergi menemui penciptanya tadi, ianya telah disahkan oleh Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri, Afghanistan Anas Haqqani dalam satu ciapan di Twitter.

“Dengan penuh rasa dukacita, adik Haidar telah pergi meninggalkan kita buat selamanya,” katanya.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Haidar itu terjatuh ke dalam lubang perigi di Shokak, dalam wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer dari barat daya Kabul

Pasukan penyelamat telah bertungkus-lumus berusaha untuk menyelamatkannya yang disahkan masih hidup sehingga pagi tadi.

Insiden yang menimpa Haidar itu berlaku kira-kira dua minggu selepas kejadian hampir serupa berlaku di Maghribi yang melibatkan seorang lagi kanak-kanak lelaki bernama Rayan.

Arwah Rayan disahkan meninggal dunia selepas terperangkap di dalam sebuah perigi selama empat hari. – AFP

Tamat