New Delhi – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yang tahu, bertepatan dengan peribahasa berkenaan, dipenghujung usia seorang lelaki yang asalnya hanya buruh kasar berubah profession menjadi seorang model.

Mungkin tiada lagi kerja berat buat Mammikka, 60, selepas gambarnya sedang berdiri di tepi sebatang jalan dirakam jurugambar tersebut, Shareek Vayalil.

Tindakan Shareek berkongsi foto berkenaan di laman Facebook miliknya menyebabkan ianya menjadi tular dalam sekelip mata selepas netizen menyamakan wajah Mammikka dengan pelakon dari India, Vinayakan.

Beberapa hari kemudian, Shareek mencari warga emas berkenaan untuk memintanya menjadi model bagi perniagaan pakaian pengantin yang dimiliki lelaki itu.

Selepas bersetuju, Mammikka menjalani transformasi pada penampilannya yang turut dirakam dalam sebuah video yang turut menjadi tular.

Hasil daripada transformasi tersebut, dia dilihat memperagakan sepasang sut klasik berwarna coklat beserta sebuah iPad yang dipegang.

Dia turut memakai sepasang kaca mata hitam, sekali gus menjadikannya berbeza sama sekali dengan penampilan awalnya sebagai seorang buruh kasar.

Ekoran populariti luar biasa itu, Mammikka meluahkan hasratnya untuk mencuba nasib dalam bidang peragaan dan dalam masa sama tetap meneruskan pekerjaannya sebagai seorang buruh.

Tamat