Tidak dapat dibayangkan betapa kecewanya seorang wanita sekiranya sekiranya barang kemas miliknya hilang terbuang dalam tong sampah.

Itu antara yang berlaku kepada seorang wanita yang menyedari barang kemas miliknya hilang akibat terbuang di dalam tong sampah.

Lebih membuatkan wanita itu tidak keruan apabila sampah berkenaan sudahpun dibawa ke tapak pelupusan sampah oleh lori kontraktor pembersihan Majlis Perbandaran Seberai Perai.

Namun diatas rasa kemanusian tanggungjawab, anggota MBSP mencari semula sampah berkenaan di Depo Pelupusan Sampah MBSP Tasik Gelugur.

Tahniah diucapkan kepada staff kontraktor MBSP sanggup selongkar semula sampah bagi membantu wanita berkenaan walaupun banyak masa digunakan.

Tamat