Kes bunuh diri di Malaysia semakin menunjukkan peningkatan ketara. Terbaru kes di Melaka selepas membunuh kekasihnya sehingga mati, tertuduh bernindak menikam dirinya sendiri di sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 4 petang, mayat lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam objek tajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang memaklumkan perkara itu sebelum pasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.

“Mayat lelaki ditemui dalam bilik tidur dengan berlumuran darah dipercayai akibat tikaman sendiri.

“Polis turut menemui pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau berkata, motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis., sebelum kejadian, lelaki dan wanita terbabit dipercayai bertengkar dan ada yang mendengar jeritan dari rumah tersebut.

“Ada rakan yang cuba membantu namun disebabkan pintu berkunci individu itu tidak dapat masuk lalu menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki dan wanita terbabit dipercayai bertengkar dan ada yang mendengar jeritan dari rumah tersebut.

“Ada rakan yang cuba membantu namun disebabkan pintu berkunci individu itu tidak dapat masuk lalu menghubungi polis,” katanya.

Tamat